photo BRTJ1_zpsa279b78d.jpg
LATAR BELAKANG KRT TAMAN PELANGI, JERANTUT

NAMA KRTTP.

KRTTP adalah nama singkatan kepada Kawasan Rukun Tetangga Taman Pelangi. KRT Taman Pelangi telah didaftarkan pada tahun 2006 dan mula aktif pada tahun 2007 hingga sekarang. Masyarakat di Taman Pelangi ini berbilang kaum dan hdup dalam harmoni.

Latar belakang Kawasan Rukun Tetangga Taman Pelangi

Secara ringkasnya penubuhan Rukun Tetangga Taman Pelangi telah mula dirancang lebih lama dahulu dan penubuhan ini adalah atas buah fikiran Encik Zainal Abidin bin Wahab. Satu mesyuarat Penaja penubuhan telah diadakan pada 14hb Jun 2006, yang telah dipengerusikan sendiri oleh Encik Zainal Abidin bin Wahab. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh penduduk-penduduk Taman Pelangi.

Setelah menjalani proses penilaian, akhirnya pertubuhan Rukun Tetangga Taman Pelangi telah diluluskan oleh Jabatan Perpaduan Negeri pada 31hb Oktober 2007. Berikutan itu suatu Senarai AJK Rukun Tetangga telah diwujudkan mengikut Kehendak dan Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975. KRT  Taman Pelangi sehingga 2014 telah pun berusia lebih 7 tahun, dan telah melalui 3 sessi pentadbiran iaitu sessi 2007-2009, 2010-2011 , 2012-2013 dan 2014-2015.

Pada masa kini fungsi Penubuhan Rukun Tetangga bukan hanya berkisar tentang keselamatan malah ialah lebih meluas dan merangkumi pelbagai hal yang berkaitan soal perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.  

Kawasan Rukun Tetangga Taman Pelangi ditubuhkan bagi tujuan.

  1. Menjaga Keselamatan dan ketenteraman awam
  2. Memupuk nilai perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum
  3. Memupuk semangat kejiranan
  4. Menerap nilai-nilai murni dalam kehidupan
  5. Mewujudkan sebuah taman perumahan selamat, bersih dan makmur.

KEGIATAN KRT

Pada awal penubuhan KRTTP sekitar tahun 2007, ianya lebih tertumpu kepada soal keselamatan, memandangkan ketika itu kejadian jenayah yang kerap berlaku, seperti pecah rumah dan samun. Melihat kepada itu KRTTP mengambil langkah dengan mengadakan rondaan malam dan kawalan pintu masuk taman. Walaupun pada ketika itu SRS masih belum diluluskan, KRTTP tetap mengambil sikap proaktif mengadakan rondaan secara bergilir-gilir.

Pada awal penubuhan KRTTP masih belum bergerak aktif disebabkan kekurangan pengalaman serta kewangan yang terhad. Namun begitu pada sessi pertama tahun 2007 hingga 2008 KRTTP telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti anjuran induk serta aktiviti anjuran bersama dengan pihak luar Jabatan. Bermula dari tu KRTTP mengatur langkah dengan memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan disamping memantapkan lagi keselamatan sehinggalah ke hari ini.
Bidang Aktiviti KRT:

  1.  Sosial
  2.  Sukan
  3.  Kesihatan dan Alam Sekitar
  4.  Rekreasi
  5.  Keselamatan
  6.  Kebajikan
  7.  Agama
  8.  Pendidikan
  9.  Ekonomi
 10. Kesenian dan Kebudayaan
 11. Patriotik
 12. Pendampingan Sosial

SERBA RINGKAS MENGENAI TAMAN PELANGI

Pada permulaan wujudnya taman ini ianya diberi nama Taman Pelangi, mula dibina pada tahun 2001 manakala mula diduduki pada tahun awal 2004. Taman ini terletak lebih kurang 1.5 km sebelum bandar Jerantut. Taman yang berhampiran ialah Bersebelahan Taman Ruby,Taman Cempaka,Taman Alamanda, Taman Pine, Taman Seroja & Taman Damai. (Dalam Kawasan Majlis Daerah Jerantut). LALUAN MASUK  :  Melalui Jalan Taman Ruby,Jalan Taman Alamanda, Jalan Taman Pine,Jalan Taman Muhibbah & Damai.   Jenis rumah yang terdapat di dalam taman ini adalah dari jenis berkembar dan juga rumah teres. Terdapat 250 buah rumah. Keseluruhan penduduk sehingga sekarang dianggarkan seramai 230 keluarga (purata 1250 orang) . Komposisi kaum; melayu 50%, Cina 35%, India 15% dan lain lain 5% . Untuk Data terkini senarai penduduk boleh lihat disini. Senarai Penduduk.

KEMUDAHAN ASAS  :

1.Surau/Dewan Serbaguna  :  Tiada
2.Taman Permainan  :  Tiada
3.Kedai  :  Ada
4.Tempat Riadah  : Tiada


0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About