photo BRTJ1_zpsa279b78d.jpg
TERAS-TERAS PERPADUAN
RUKUN TETANGGA ADALAH SATU-SATUNYA PERTUBUHAN SOSIAL YANG DIWUJUDKAN DIBAWAH AKTA PARLIMEN. JUSTERU , UNTUK MENJAYAKAN RUKUN TETANGGA, AHLI-AHLI JAWATANKUASA PERLULAH MENGAMALKAN BEBERAPA PRINSIP ASAS DALAM MENGURUSKAN RUKUN TETANGGA.


PRINSIP ASAS TERSEBUT IALAH:

1. PENERIMAAN.
Penerimaan adalah nilai yamag amat dititik beratkan di dalam Gagasan 1 Malaysia . Menurut YAB Perdana Menteri Malaysia. "penerimaan memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnyasesuatu secara positif" dan "terdapat perbezaan yang agak ketara diantara toleransi dan penerimaan kerana toleransi bermaksud seolah-olah anda tidak beberapa menyukai sesuatu perkara tetapi tetap menerimannay kerana tiada pilihan."
Justeru, penerimaan di dalam konteks pengurusan rukun tetangga bermaksud, setiap ahli mestilah menerima kepelbagaian budaya, adat resam, telatah dan pesonaliti ahli-ahli yang lain dan mengambil iltizam untuk bekerjasama menjayakan rukun tetangga demi kebaikan semua.

2. KETERANGKUMAN
Pengurusan Rukun Tetangga perlu mengamalkan prinsip keterangkuman kerana ini akan melambangkan semangat permuafakatan dan perpaduan yang diharapkan oleh kerajaan. Pengurusan yang bersifat inklusif membabitkan penyertaan semua ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga.

3. KESUKARELAAN
Rukun Tetangga adalah pertubuhan sosial yang ditubuhkan di bawah akta Rukun Tetangga 2012, Ianya adalah organisasi bersifat sukarela. Justeru, ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga perlu mempunyai semangat sukarela dalam menguruskan Rukun Tetangga.

4. BRTANGGUNGJAWAB
Walaupun Rukun Tetangga adalah pertubuhan masyarakat yang bersifat sukarela, ini tidak bermakna ahli-ahli boleh bertindak sambil lewa sahaja. Setiap ahli mesti mengamalkan prinsip bertanggungjawab diatas pengurusan Rukun Tetangga untuk kebaikan semua.

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

    Blogger news

    Blogroll

    About